Wednesday, November 30, 2011

Tingkatan 5 : Bab 4: Komunikasi

BAB 4: KOMUNIKASI

PERANAN KOMUNIKASI

1. Memudah dan mempercepatkan proses penyebaran maklumat.

- Contoh : maklumat turun naik harga saham mudah diketahui

dengan menggunakan komputer, telefon dan internet.

2. Memudahkan peniaga menjalankan aktiviti perniagaan.

- Contoh : urusan jual beli barangan boleh dilakukan dengan

menggunakan telefon, telefeks atau internet.

3. Memudahkan kegiatan promosi.

- Contoh : Televisyen merupakan media utama pengiklanan

kerana dapat menarik minat ramai penonton.

4. Meluaskan pasaran barangan.

- Contoh : Perkhidmatan telefon memudahkan proses jual beli

jarak jauh.

5. Memudahkan pentadbiran dan pengurusan.

- Contoh : bagi syarikat yang mempunyai banyak cawangan di

merata negeri boleh mengadakan mesyuarat secara langsung antara pengurus cawangan tanpa bersemuka dengan menggunakan sidang video.

6. Mengelakkan kerugian dan kerosakan.

- Contoh : Jika diketahui melalui satelit bahawa taufan sedang

melanda Jepun, maka penghantaran kargo dari Malaysia ke negara itu boleh ditangguhkan untuk mengelakkan kerosakan.

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN KOMUNIKASI

(i) Televisyen dan radio.

(ii) Perkhidmatan Pos.

(iii) Perkhidmatan Telekomunikasi.

(iv) Perkhidmatan Kurier.

PERKHIDMATAN POS.

Terbahagi kepada 3 iaitu :

(i). Perkhidmatan Mel.

(ii). Perkhidmatan kaunter.

(iii). Perkhidmatan Lain.

Perkhidmatan Mel.

· Surat.

· Poskad.

· Aerogram.

· Bahan bercetak.

· Peket kecil.

· Khidmat jawapan perniagaan.

- digunakan oleh peniaga pesanan mel.

- setem dilekatkan

· Persuratan untuk orang buta.

- majalah dan buku dalam bentuk Braille

· Pos Ekspres.

- menghantar dokumen dengan cepat

- tidak dilindungi oleh insurans

· Pos Daftar.

- hantar barang/dokumen penting di dalam dan di luar Negara

- dilindungi oleh insurans.

· Bungkusan.

· Mel Berinsurans.

- memberi perlindungan bagi surat daftar dan bungkusan yang

§ diposkan di dalam dan di luar negara.

- pampasan akan dibayar jika mel/bungkusan itu hilang

· Perkhidmatan Pos Laju.

- menghantar mel, peket kecil dan dokumen dengan cepat.

- serahan dari pintu ke pintu.

· Data Pos.

- membantu mengagihkan dokumen secara besar- besaran seperti bil,

§ sijil invois dan penyata akaun.

· Mel Terus.

- digunakan oleh syarikat untuk mengiklankan perniagaannya.

Perkhidmatan Kaunter.

Terdiri daripada 3 jenis :

a) Perkhidmatan jualan – jual setem, sampul surat berdaftar, poskad.

b) Perkhidmatan bayaran – bayaran kiriman wang dan wang pos.

c) Perkhidmatan agensi - TNB, ASN, BSN, LUTH.

Perkhidmatan Lain.

i. Pos Restante - Pengembara menggunakan alamat pejabat pos untuk menerima surat.

ii. Peti surat, tiket serahan tingkap dan khidmat beg berkunci.

iii. Frangki - mesin mencetak setem dan tarikh pembayaran pada sampul surat/mel.

iv. Pusat khidmat pelanggan – melayani aduan pelanggan.

PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI

Terbahagi kepada :-

· Perkhidmatan lisan

· Perkhidmatan bercetak

· Perkhidmatan Audiovisual.

a) Perkhidmatan Lisan.

i. Perkhidmatan Telefon.- untuk individu.

- Panggilan tempatan.

- Panggilan sambung jauh terus dail.

- Panggilan antarabangsa terus dail.

ii. Panggilan tanpa tol.- untuk peniaga.

iii. Sidang Audio.

- mesyuarat antara 2 pihak yang berada di lokasi berbeza.

- setiap ahli perlu bercakap secara bergilir.

iv. Telefon bimbit.

v. Videofon.

- Telefon dilengkapi dengan gambar video.

- membolehkan pemanggil dan penerima panggilan berbual

- - Serta melihat wajah pihak yang dihubungi.

vi. Radio Maritim.

- membolehkan panggilan telefon dibuat dari darat ke kapal-

kapal di lautan Atlantik, Hindi dan Pasifik.

- menggunakan satelit marin (MARISAT)untuk

menyampaikan berita serta mesej penting.

vii. Telestok.

- untuk pelabur yang ingin mengetahui harga saham yang di

urusniagakan di BSKL.

b) Perkhidmatan Bercetak

i. Telefeks – menghantar maklumat berbentukcarta,

gambar, laporan melalui mesin faksimili.

ii. Teleks - menghantar maklumat menggunakan

mesin teleprinter.

ii. Telegram – menghantar maklumat bertulis

melalui rangkaian telegraf.

c) Perkhidmatan Audiovisual.

i. Sidang Video(Video Conferencing).

- menghubungi 2 atau lebih pihak di lokasi

yang berbeza.

- mesyuarat jarak jauh melalui skrin pemancar.

ii. Internet.

- rangkaian komputer yang menghubungkan

pelbagai maklumat dengan pantas di

seluruh dunia.

iii. E-mel (Mel Elektronik)

- menghantar maklumat dengan cepat menerusi

rangkaian komputer.

iv. MAYPAC.

- Rangkaian Data Awam Suis Peket Malaysia.

- menghantar dan menerima data melalui komputer.

PERKHIDMATAN KURIER.

Menghantar mel, dokumen dan bungkusan dengan segera seperti

invois, dokumen perjanjian dan laporan di dalam dan di luar

negara. Contoh : EMS, Pos laju Malaysia.

Kelebihan.

o penghantaran cepat dan selamat.

o serahan pintu ke pintu.

o dapat perlindungan insurans.

o menyediakan perkidmatan menghantar Kargo.

o Bagi bungkusan bercukai, syarikat Kurier akan menguruskan segala dokumentasi kastam bagi pihak pengirim.

Kekurangan

· kos tinggi.

· terhad kepada kiriman yang penting dan diperlukan sahaja.

Faktor Pemilihan Jenis Perkhidmatan Komunikasi

1. Kesegaran.

- jika maklumat diperlukan segera – Teleks,

- telefaks

- internet.

- tidak diperlukan dengan segera - melalui pos.

2. Jenis maklumat.

- berbentuk lisan – telefon.

- Grafik dan carta – mesin faksimile.

- Bahan bercetak - pos.

- Polisi insurans – kurier dan mel berinsurans.

3. Kos.

- mengikut kemampuan syarikat.

- Perkhidmatan kurier lebih mahal daripada Perkhidmatan pos

biasa.

4. Mudah didapati dan berhampiran.

- contoh: telefon dan pos mudah didapati.

5. Jarak.

- jarak dekat – gunakan pos.

- jarak jauh - mel udara, faksimile,internet, teleks.

BAB 5: PERGUDANGAN

PERGUDANGAN

Pergudangan adalah penyimpanan atau penstoran barang-barang di tempat yang sesuai dan selamat sehingga barang-barang itu diperlukan di pasaran.

PERANAN PERGUDANGAN

1. Membolehkan pengeluaran dijalankan berterusan
Pengeluaran barang-barang dilakukan sepanjang tahun walaupun tiada permintaan. Semasa menunggu permintaan dan penjualan, barang-barang itu disimpan digudang.

2. Membolehkan barang-barang dibekalkan sepanjang tahun
Barang-barang bermusim seperti beras dan gandum dihasilkan pada masa tertentu sahaja, tetapi ia diperlukan sepanjang tahun. Pergudangan membolehkan barang-barang tersebut disimpan supaya bekalannya mencukupi sepanjang tahun.

3. Menstabilkan harga barang-barang
Pergudangangan menstabilkan harga barang dengan menyelaraskan penawaran dan permintaan barang-barang. Barang-barang yang berlebihan akan disimpan di dalam gudang dan akan dikeluarkan apabila terdapat kekurangan.

4. Membolehkan kerja akhir dan pemecahan pukal dilakukan
Semasa barang-barang disimpan didalam gudang, kerja-kerja menggred, menyukat, menimbang, membungkus dan menjenama boleh dilakukan bagi menjamin barang-barang dapat disiapkan sebelum dijual.

5. Memudahkan aktiviti import dan eksport dijalankan
Pergudangan menyediakan tempat untuk pengimport dan pengeksport menyimpan barang-barang mereka sementara menunggu untuk dieksport

6. Menyediakan tempat untuk mempamerkan barang-barang
Gudang merupakan tempat bagi mempemerkan barang-barang supaya pembeli boleh membuat pemeriksaan sebelum membuat pesanan.Contoh: Gudang pemborong dan Gudang 'bayar dan bawa'

7. Menjamin keselamatan barang-barang
Barang yang disimpan dalam gudang terlindung daripada hujan, sinaran matahari dan terselamat daripada kehilangan, kerosakan dan kecurian kerana gudang biasanya dilengkapi dengan alatan keselamatan elektronik yang canggih seperti sistem pencegah api dan alat penggera.

8. Mengelakkan pembaziran dan kerosakan barang
Gudang penyetoran sejuk boleh menyimpan barang-barang yang mudah rosak seperti daging, sayur-sayuran dan buah-buahan.

JENIS JENIS GUDANG
1.Gudang persendirian
Contohnya:
i.Gudang Pengilang
ii.Gudang Pemborong
iii.Gudang Peruncit
iv.Penstoran Sejuk
v.Gudang Bayar & Bawa
2. Gudang Kerajaan
3. Gudang Awam
4.Gudang Berbon
Contohnya :
i.Gudang Kastam
ii.Gudang Berlesan.

JENIS GUDANG

1. Gudang Pengilang
i. Ia dimiliki oleh pengilang atau pengeluar untuk menyimpan:
· bahan-bahan mentah sebelum diproses atau
· barang-barang siap yang belum dijual.
ii. Ia tidak disewakan kepada orang lain.

2. Gudang Pemborong
i. Ia dimiliki oleh pemborong untuk menyimpan barang-barang yang dibelinya.
ii. Fungsi gudang pemborong :
· Menyimpan stok yang dibeli secara pukal daripada pelbagai pengilang atau pengeluar.
· Melakukan kerja-kerja menyediakan barang-barang untuk dijual seperti memecah pukal,
membungkus, menjenama, menimbang dsb.
· Mempamerkan pelbagai jenis barang untuk pilihan peruncit.

3. Gudang Peruncit
i. Peruncit besar-besaran seperti pasar raya, gedung aneka jabatan dan kedai sejaras membeli barang-barang secara pukal terus daripada pengeluar maka dia mesti mempunyai gudang sendiri.
ii. Fungsi gudang peruncit adalah:
· Menyimpan stok yang dibeli secara pukal terus daripada pelbagai pengeluar.
· Melakukan kerja-kerja memecah pukal, membungkus, menjenama serta meletakkan tanda
harga.

4. Penstoran Sejuk
i. Ia adalah sebuah gudang yang dilengkapi alat penyejuk untuk menyimpan barang-barang tidak tahan lama atau cepat rosak seperti daging, buah-buahan, ikan, sayur-sayuran, aiskrim, mentega dsb.
ii. Ia biasanya terletak berdekatan pasar-pasar setempat, di jeti ikan, lapangan terbang. pelabuhan, dan stesen kereta api.
iii. Ia biasanya dimiliki oleh orang perseorangan atau syarikat untuk disewakan.

5. Gudang Bawa Dan Bayar
i. Ia dikendalikan oleh pemborong yang menjual secara layan diri dan tunai kepada peruncit.
ii. Peruncit memilih sendiri barang-barang yang dikehendakinya, mambayar di kaunter pembayaran dan kemudian mengangkut barang-barang dengan kenderaan sendiri
iii. Barang-barang dijual dengan harga murah kerana:
· Tidak ada kemudhan kredit.
· Tiada kemudahan pengangkutan.
· Kos sewa rendah kerana gudang ini terletak dikawasan yang murah sewanya dan premis tidak
dihias.
· Belian secara pukal.

6. Gudang Kerajaan
i. Ia dimiliki oleh kerajaan atau badan berkanun.
ii. Ia terletak di pelabuhan, lapangan terbang dan stesen-stesen kereta api.
iii. Ia bertujuan menyediakan kemudahan bagi peniaga menyimpan barang-barang yang telah menjelaskan cukai tetapi belum bersedia untuk mengambil barang-barang tersebut.
Contoh: Gudang LPN yang mengadakan stok penimbal beras untuk menjamin bekalan beras mencukupi sepanjang tahun serta mengawal kestabilan harga beras.

7. Gudang Awam
i. Ia biasanya terletak di pintu masuk sesebuah negara seperti di pelabuhan, lapangan terbang, stesen kereta api dan di sempadan bandar.
ii. Ia dimiliki oleh kerajaan atau syarikat swasta yang menyewakan ruang kepada peniaga yang memerlukan ruang penyimpanan.
iii. Peniaga-peniaga mesti membayar sewa atau caj mengikut tempoh masa atau saiz ruang yang digunakan.


8. Gudang Berbon
i. Ia digunakan untuk menyimpan barang-barang import yang cukainya belum dijelaskan
ii. Ada dua jenis gudang berbon:
a. Gudang Kastam yang dimiliki oleh kerajaan dan terletak di bawah kawalan Jabatan Kastam dan Eksais.
b. Gudang Berlesen yang dimiliki oleh pihak swasta. Ia di bawah kawalan Jabatan Kastam dan Eksais. Pemilik gudang menandatangi satu perjanjian (bon) dengan Pihak Kastam yang melarang barang-barang di bawa keluar dari gudang itu sebelum cukainya dijelaskan. Tindakkan ini dikenali sebagai "Meletakkan barang-barang di dalam bon".
iii. Semasa barang berada dalam gudang berbon, pemilik barang dibenarkan masuk bagi menyediakan barang-barang untuk dijual (seperti menggred, menimbang, membungkus menjenamadsb.)
iv. Pemilik barang-barang boleh mencagarkan barang-barang dalam gudang berbon untuk mendapatkan pinjaman tanpa menyerahkan barang-barang berkenaan
v. Caj sewa dikenakan bagi menggunakan ruang-ruang dalam gudang.
vi. Ia juga digunakan bagi menyimpan barang-barang import yang menunggu untuk dieksport semula ke negara-negara lain. Penggunaan gudang ini dapat mengelakkan:
· pembayaran cukai import semasa barang-barang diimport
· tuntutan bayaran duti import apabila barang-barang dieksport semula.

Fungsi-fungsi Gudang Berbon ialah:
a) menyediakan tempat untuk menyimpan barang-barang import sehingga duti import dibayar ataupun dieksport semula.
b) memudahkan Jabatan Kastam dan Eksais meneliti kemasukan barang-barang asing ke dalam negara dan mengutip duti kastam.
c) memudahkan Jabatan Kastam dan Eksais mengumpulkan maklumat-maklumat mengenai barangan eksport dan import.
d) memudahkan kegiatan perniagaan kerana barang-barang dalam gudang berbon boleh disiapkan untuk dijual atau dicagarkan bagi mendapatkan pinjaman.

Kepentingan Gudang Berbon Kepada Pihak Kerajaan
1. Membantu kerajaan memungut cukai serta mencegah perbuatan mengelakkan cukai.
2. Membolehkan kerajaan mengumpul data tentang import dan eksport.Data ini dapat membantu kerajaan menyelaraskan import dan eksport.
3. Gudang berbon menggalakkan perniagaan import, eksport dan entreport dijalankan kerana pembayaran duti kastam boleh ditangguhkan.
4. Gudang berbon membantu Pihak kastam mengawal dan memeriksa barang-barang import dan eksport. Kemasukan barang haram dapat dikawal.

Kepentingan Gudang Berbon Kepada Peniaga (Pengimport)
1. Membolehkan pembayaran cukai ditangguhkan. Peniaga hanya perlu membayar cukai ke atas barang-barang yang dibawa keluardaripada gudang berbon sahaja.
2. Memudahkan barang-barang dijual kerana barang-barang dalam gudang berbon boleh dijual sekali gus atau sedikit-sedikit. Pembayaran cukai akan ditanggung oleh pembeli sendiri.
3. Membolehkan barang-barang disiapkan untuk dijual. Semasa barang-barang berada di dalam gudang berbon, peniaga boleh memeriksa dan menjalankan kerja-kerja seperti memecah pukal, menggred, membungkus, menjenama dsb.
4. Barang-barang di dalam gudang berbon boleh dicagarkan untuk mendapat pinjaman. Ini dilakukan dengan mencagar Waran Gudang.
5. Membantu aktiviti perniagaan entreport. Gudang berbon digunakan untuk menyimpan barang-barang yang diimport untuk dieksport semula apabila kapal tiba. Dengan ini peniaga dapat mengelakkan daripada membayar duti kastam.

Kepentingan Gudang Berbon Kepada Pengilang (Pengeluar)
1. Membolehkan bayaran duti ditangguhkan. Ini kerana pengilang boleh menangguhkan pembayaran duti import ke atas bahan mentah yang diimport. Duti hanyadibayar ke atas bahan-bahan mentah yang dikeluarkan sahaja.
2. Kerja-kerja peringkat akhir dapat dijalankan seperti membersih, memotong, menimbang dan mengukur bahan-bahan mentah di dalam gudang sebelum dibawa keluar ke kilang.
3. Menjamin pengilang mendapatkan pasaran tetap daripada pengimport asing kerana barang-barang yang diimport boleh disimpan di dalam gudang berbon dan tidak perlu membayar duti dengan serta-merta. Ini menggalakkan mereka membeli lebih banyak.
4. Pengeluaran boleh dilakukan secara besar-besaran kerana pengilang boleh mendapat pesanan tetap daripada pengimport-pengimport asing. Ini akan meningkatkan jualan dan keuntungan.

Kepentingan Gudang Berbon Kepada Pengeksport
1. Membantu menyelesaikan masalah pergudangan kerana barang-barang untuk dieksport boleh disimpan dalam gudang berbon.
2. Barang-barang tempatan yang akan dieksport boleh disimpan dalam gudang berbon untuk mengelakkan pembayaran duti eksais.
3. Apabila barang-barang buatan tempatan yang akan dieksport disimpan dalam gudang berbon, duti eksais tidak perlu dibayar. Penelakkan pembayaran duti ini mengelakkan modal kerja daripada terikat sebagai duti. Modal kerja ini boleh digunakan untuk kegunaan lain.
4. Membantu perniagaan entreport. Gudang berbon memudahkan pengeksport menjalankan perniagaan entreport kerana barang-barang boleh diimport untuk dieksport semula tanpa membayar duti. Semasa dalam bon barang-barang itu dapat disiapkan untuk dieksport semula.

PERBEZAAN ANTARA GUDANG BERBON DENGAN GUDANG LAIN

Gudang Berbon

Gudang Lain

1. Dimiliki oleh pihak swasta atau kerajaan

1. Dimiliki oleh peruncit, pemborong dan pengilang

2. Pemilik gudang swasta perlu menandatangani perjanjian (bon) dengan Jabatan Kastam dan Eksais untuk menjamin barang-barang tidak boleh dikeluarkan tanpa menjelaskan duti eksais

2. Pemilik gudang tidak terikat dengan Jabatan Kastam dan Eksais. Lesen gudang diperlukan

3. Gudang dikawal oleh Jabatan Kastam dan Eksais

3. Gudang dikawal dan diurus oleh pemilik sendiri

4. Menyimpan barang-barang berduti yang dutinya belum dibayar

4. Menyimpan barang-barang yang dutinya telah dijelaskan atau barang-barang yang tidak dikenakan duti

5. Hanya menyimpan barang-barang eksport import sahaja

5. Menyimpan barang-barang keluaran tempatan, eksport dan import

6. Barang-barang tidak boleh dikeluarkan tanpa menjelaskan duti

6. Barang-barang boleh dikeluarkan bila-bila masa diperlukan

7. Terletak di pelabuhan, stesen kereta api, di bandar-bandar sempadan dan di lapangan terbang

7. Terletak di tempat-tempat yang boleh memberi

CIRI-CIRI GUDANG YANG BAIK

1. Lokasi yang strategik
· Ditempatkan dilokasi yang strategik seperti di pelabuhan, lapangan terbang, dan perhentian kereta api untuk memudahkan pergerakan barang-barang.
· Mesti mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik seperti jalan raya dan sistem komunikasi.
· Memerlukan kawasan yang luas di sekelilingnya untuk memudahkan kerja punggah-memunggah.

2. Mempunyai kemudahan peralatan yang canggih
Dilengkapi dengan peralatan moden untuk memudahkan kerja-kerja punggah-memunggah seperti forklif, trak pengangkutan, troli supaya barang-barang dapat dikendalikan dengan lebih cermat, cepat dan selamat.

3. Ruang gudang yang luas dan susunan barang yang teratur
Ruang gudang yang luas dan lapang membolehkan barang-barang disusun dengan kemas dan rapi mengikut jenis dan kuantiti. Ini memudahkan kerja-kerja seperti menggred, menimbang, menyukat dsb dijalankan.

4. Sistem rekod yang teratur dan pengurusan yang cekap
Setiap barang yang dikeluarkan atau dimasukkan ke dalam gudang mesti direkodkan dengan sempurna di dalam buku stok, kad stok atau komputer.

5. Kesesuaian gudang dengan barang-barang yang disimpan
Contohnya,
· Gudang tanpa bumbung digunakan untuk menyimpan granite, batu marmar dan pasir.
· Gudang yang mempunyai bilik dingin beku sesuai bagi menyimpan barang-barang yang tidak tahan lama seperti ikan, daging, buah-buahan dan sayur-sayuran.
· Gudang berbumbung tanpa dinding dapat digunakan untuk menyimpan kayu, papan dsb.

6. Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik dan polisi insurans
Gudang perlu mengutamakan faktor keselamatan yang dapat mencegah kecurian, kebakaran, kerosakan, dan kehilangan.
· Alat pencegah api, pengawal keselamatan dan alat penggera perlu disediakan.
· Insurans mesti diambil untuk melindungi gudang dan barang-barang daripada risiko yang tidak dijangka seperti kecurian, kebakaran dsb.