Wednesday, November 30, 2011

BAB 8: KONSUMERISME

BAB 8: KONSUMERISME

1.

Maksud Konsumerisme

- Satu perjuangan bagi melindungi hak dan kepentingan pengguna

- Satu usaha bagi menyedarkan pengguna tentang hak mereka supaya taraf hidup meningkat

2.

Matlamat Konsumerisme

- melindungi hak pengguna

- mewujudkan iklim perniagaan yang harmoni

- membina kualiti kehidupan yang lebih baik

3.

Maksud pengguna

- orang yang menggunakan barang untuk penuhi keperluan dan kehendak

4.

Amalan perniagaan yang tidak sihat

- letak harga tidak berpatutan

- buat iklan mengelirukan

- tawar barang berkualiti rendah

- jual barang yang tidak selamat

5.

Hak pengguna

a. Hak mendapat keperluan asas

- makanan/pakaian

b. Hak mendapat keselamatan

- dilindungi daripada kesan yang boleh membahayakan kesihatan

- contoh: racun makhluk perosak / ubat-ubatan

c. Hak mendapat maklumat

- fakta lengkap sesuatu barang supaya tidak tertipu

d. Hak membuat pilihan

- Dapat pelbagai barang berkualiti berdasarkan citarasa

e. Hak mendapat ganti rugi

- berjumpa sendiri dengan peniaga /mengadu kepada persatuan pengguna

f. Hak bersuara

- secara peribadi / perwakilan

g. Hak mendapat pendidikan pengguna

- melalui ceramah / forum

h. Hak mendapat alam sekitar yang sihat

- kerajaan gubal akta seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 / Akta Racun Mahkluk Perosak 1974

6.

Lima Tanggungjawab pengguna

a. Kesedaran mengkritik

- boleh membuat aduan

b. Penglibatan dan tindakan

- bergiat aktif dalam persatuan pengguna / khidmat sosial

c. Tanggungjawab sosial

- Memberi derma kepada orang miskin/tua

d. Tanggungjawab alam semulajadi

- tidak membuang sampah di merata tempat / tidak menebang pokok sesuka hati

e. Bersatu padu

- supaya wujud kekuatan / pengaruh untuk jayakan perjuangan

7.

Enam Tanggungjawab pengeluar

a. Praktikkan amalan perniagaan yang baik

- tidak menipu/ jual barang berkualiti

b. Amal pengiklanan yang beretika

- iklan mesti tepat / tidak mengaitkan jenama produk lain

c. Sedia terima rungutan

- kaunter khidmat pelanggan / kaunter aduan

d. Membantu menyebarkan pendidikan konsumerisme

- melalui seminar/forum

e. Memelihara alam sekitar

- menggurangkan penggunaan bahan yang mencemarkan

f. Menjalankan tanggungjawab sosial

- memberi derma/ biasiswa

8.

Lima prinsip asas membeli dengan bijak

a. Menentukan jenis barang

- barang keperluan atau kehendak

b. Menentukan sebab membeli

- untuk memenuhi keperluan/menunjuk-nunjuk

c. Menentukan masa membeli

- masa tawaran istimewa/ musim perayaan

d. Memilih tempat membeli

- lokasi berhampiran

- menawarkan pelbagai barang

- harga berpatutan dan barang berkualiti

- sikap jujur dan layanan mesra

- ada kemudahan seperti ruang makan/tandas

e. Mengetahui teknik membeli

- buat perbandingan harga

- tengok kualiti barang

- periksa kuantiti barang

- tahu tarikh luput

- ada jaminan jualan

9.

Peranan kerajaan dalam melindungi pengguna

a. Tubuh kementerian yang menjaga hal-ehwal pengguna

- iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna

b. Beri kesedaran tentang konsumerisme

- melalui ceramah /kempen

c. Wujudkan akta/peraturan

- Peraturan Makanan 1985/Akta Perihal Dagangan 1972

d. Tubuh kementerian / jabatan untuk kuatkuasa undang-undang

- Kementerian Kesihatan/Jabatan Alam Sekitar

10.

Agensi lain dan peranannya dalam melindungi pengguna

a. Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK) @ Majlis Pengguna

- Nasihat kerajaan tentang hal-ehwal perlindungan pengguna

- Elakkan penyelewengan dan ketidakadilan amalan perniagaan

- Beri pendidikan konsumerisme melalui risalah /tv

- Wujudkan petugas yang dapat bantu selesaikan isu-isu kepenggunaan

- Menerbitkan Kod Etika Amalan Perniagaan

b. Tribunal Tuntutan Pengguna

- Mudahkan pengguna membuat tuntuan gantirugi dengan cepat ,mudah dan murah

- Jadi saluran alternatif selain Mahkamah Sivil untuk menuntut gantirugi

- Dengar jumlah tuntutan yang tidak melebihi RM10,000

c. Persatuan Pengguna

- Terima dan siasat aduan pengguna

- Jalankan penyelidikan dari segi kualiti/keselamatan

- Beri laporan melalui penerbitan majalah/berita

- Adakan pendidikan kepenggunaan melalui bengkel/forum

d. Persatuan Pengeluar

- Pastikan ahli mematuhi kod etika berkaitan dengan pengeluaran/persaingan

- Adakan kempen membeli barang buatan tempatan

e. Persatuan Profesional

- Pastikan ahli patuhi garis panduan profesion masing-masing

f. Persatuan Peniaga

- Ingatkan peniaga agar mematuhi peraturan yang berkaitan dengan perlindungan pengguna / jujur dengan pengguna

- Sediakan kod etika mengenai jualan

11.

Etika Amalan Perniagaan

- diperkenalkan tahun 1982

- digubal oleh Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK)

- bertujuan mewujudkan perpaduan di kalangan peniaga, pengeluar, pengguna dan kerajaan

- mempunyai 5 prinsip:

§ Kenalpasti dan akui hak-hak pengguna

§ Tidak menyampaikan maklumat yang mengelirukan

§ Patuhi prinsip perniagaan secara adil

§ Tidak burukkan pesaing

§ Amal perniagaan yang jujur

- mengandungi Etika Penjual dan Etika Pembeli

12.

Etika Pembeli

(mengandungi dua tanggungjawab pembeli)

a. Tanggungjawab terhadap penjual

- patuhi syarat kontrak

- jelaskan hutang mengikut tempoh

- tidak boleh paksa penjual sediakan perkhidmatan yang melebihi bayaran

- tidak menawarkan harga terlalu rendah sehingga peniaga rugi

- tidak kembalikan barang tanpa alasan yang kukuh/ tanpa tunjuk kad jaminan

- amalkan sifat sopan santun

- beri pandangan untuk tingkatkan kualiti barang

b. Tanggungjawab terhadap masyarakat

- libatkan diri dalam persatuan pengguna

- jaga persekitaran tempat tinggal/ pelihara alam sekitar

- elak aktiviti pembakaran secara terbuka/ yang cemarkan alam sekitar

- tidak sebarkan khabar angin seperti kenaikan harga barang/ kekurangan bekalan

13.

Etika Penjual

(Mengandungi enam tanggungjawab penjual)

a. Tanggungjawab terhadap pekerja

- jaga kebajikan pekerja dengan kemudahan tempat tinggal/pengangkutan

- beri bimbingan /latihan untuk meningkatkan produktiviti

- memberi ganjaran setimpal seperti gaji/bonus

b. Tanggungjawab terhadap pelanggan

- sediakan barang berkualiti

- sentiasa berusaha tingkatkan kualiti barang

- tepati keperluan dan kehendak pengguna

- jual barang pada harga berpatutan

- bermaklumat yang lengkap

- adakan kempen promosi yang jujur

- sediakan khidmat lepas jualan / khidmat nasihat

- beri layanan sama rata

c. Tanggungjawab terhadap pemodal

- maklumkan kedudukan pelaburan / perniagaan

- beri kadar pulangan yang memuaskan

- jalankan pengurusan yang cekap

d. Tanggungjawab terhadap pembekal

- layanan adil kepada semua pembekal

- patuhi segala syarat kontrak

- berusaha jual barang dengan segera

- amalkan ‘sistem payung’

- pastikan syarat kontrak jelas

e. Tanggungjawab terhadap masyarakat

- pelihara alam sekitar

- guna sumber yang manfaatkan masyarakat

- beri sumbangan kepada pembangunan / penyelidikan melalui biasiswa / subsidi

f. Tanggungjawab terhadap kerajaan

- bayar cukai

- sedia peluang pekerjaan

- guna sumber bahan mentah tempatan dengan cekap

- adakan rundingan dengan kerajaan mengenai penggubalan / perlaksanaan dasar

1 comment:

mahdenading said...

Casinos With the Best Bonuses
Casinos With 안전사이트 the 룰렛 확률 Best Bonuses · 1. Ignition Casino · 2. Betsoft Casino · 3. Unibet Casino · 4. Casio Vegas · 5. Wild 인천 휴게텔 Casino · 6. 메이저사이트추천 PlayUp 딥 슬롯 트위터 Casino · 7. Jackpotjoy Casino · 8. Jackpotjoy Casino.