Thursday, April 30, 2009

Bank Soalan

Bank Soalan - SPM Kertas 2
Jawab mana-mana empat soalan

1 (a) Terangkan bagaimana keperluan dan kehendak manusia mewujudkan aktiviti perdagangan. (14 markah)
(b) Bagaimanakah promosi dan insurans membantu Puan mazafira, seorang pengusaha sos cili berjenama Aroma dalam menjalankan perniagaannya ?(11 markah)

2 (a) Apakah kesan aktiviti pemborong kepada pengguna ?

Kelang, Ahad - Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil menyeru pihak berkuasa supaya bertidak tegas mengawal kegiatan orang tengah yang menaikkan harga secara sesuka hati dan mengaut keuntungan yang berlebihan.Menurut Encik Hairul Nizam, selaku setiausaha persatuan, orang tengah kerap kali menindas ahli persatuan dengan syarat-syarat yang membebankan. Oleh itu, beliau menyarankan supaya ahli persatuan berusaha mencari cara lain untuk meneruskan perniagaan mereka.

(b) Berdasarkan situasi di atas, bagaimanakah ahli Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil dapat melaksanakan saranan Encik Hairul Nizam ? (12 markah)

(c) Mengapakah sebahagian peruncit kurang berminat mendapatkan bekalan stok daripada pemborong bayar dan bawa ? (8 markah)

3 (a) Apakah faedah yang dinikmati oleh pengguna melalui kegiatan import ?(6 markah)

(b) Syarikat Intan Plantations, pengusaha kilang kelapa sawit di Lambor Kanan, Perak telah menerima pesanan sebanyak 5000 tan metrik minyak kelapa sawit dari sebuah syarikat pembuat sabun di Pusan, Korea Selatan.

Terangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Syarikat Intan Plantations untuk mengeksport minyak kelapa sawit yang dipesan itu menggunakan pengangkutan laut.
(10 markah)

(c) Selain daripada mempromosikan barangan dan menubuhkan institusi penyelidikan, terangkan bantuan kerajaan untuk menggalakkan eksport.(9 markah)


4 (a) Jelaskan perkhidmatan pindahan kredit. (7 markah )

Haji Abdul Rasid ialah pemilik Syarikat Sri Travel Sdn. Bhd. yang menyediakan pelbagai perkhidmatan pelancongan. Pada 15 September 2001, Haji Abdul Rasid telah diarahkan membayar sejumlah RM10 500 oleh pengusaha Hotel Bahagia, Melaka sebagai bayaran kos penginapan pelancongan yang diuruskan oleh syarikat itu. Akaun semasa syarikat itu ialah di Bank Bintang, Melaka. Pihak Hotel Bahagia meminta Haji Abdul Rasid membayar dengan cek palang akaun penerima sahaja

(b) Lakarkan cek yang dikeluarkan oleh Haji Abdul Rasid dan terangkan kesan palangan pada cek yang dikeluarkan. (12 markah)

(c) Bagaimanakah penggunaan kad kredit oleh pelanggan dapat membantu seseorang peniaga ? (6 markah)

5 (a) Terangkan tiga peranan Jabatan Penerbangan Awam. (6 markah)

(b) Bagi setiap situasi berikut, tentukan jenis pengangkutan yang sesuai digunakan dan berikan alasan anda:

(i) Menghantar 5 tan ubat-ubatan dari Malaysia ke Iraq. (3 markah)

(ii) Menghantar 20 000 kerusi kayu dari Malaysia ke Belanda. (3 markah)

(iii) Menghantar 110 000 guni gula pasir dari Cuping, Perlis ke Johor Bahru(3 markah)

(c) Berdasarkan situasi di atas, terangkan perkhidmatan kurier D’Elang Ekspres kepada pelanggannya. (10 markah)

Soalan 6 adalah berdasarkan kes di bawah.

Encik Zaidin adalah pemilik kilang pengeluar pelbagai jenis kasut berjenama Deeno untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Kilangnya terletak di kawasanperindustrian ringan di Tanjung Malim. Operasi pengeluaran di kilangnya menggunakan teknik pengeluaran berteknologi tinggi. Setiap pekerja ditugaskan mengikut bahagian-bahagian tertentu sahaja.Untuk menyimpan stok yang dikeluarkan secara besar-besaran, dia telah membina sebuah gedung besar yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang terkini seperti alat penggera, kamera dan sistem pemadam api automatik. Pada anggapan beliau, ciri tersebut telah mencukupi untuk sebuah gedung yang baik. Beberapa orang kakitangan dengan diketuai oleh seorang penyelia ditugaskan memastikan gudang berkenaan diurus dengan baik seperti menyediakan rekod keluar masuk stok yang lengkap.Dalam mengendalikan perniagaannya, beliau juga terpaksa menanggung pelbagai risiko. Antara risiko yang kerap dialami oleh beliau ialah banyak stok lama tidak dapat dipasarkan akibat perubahan citarasa pengguna dan risiko rompakan yang mungkin berlaku semasa penghantaran barangan. Sebagai seorang usahawan yang berwawasan, beliau berusaha untuk mendapatkan perlindungan daripada syarikat insurans tempatan.

6 (a) Terangkan kebaikan jenis pengkhususan yang diamalkan di kilang milik Encik Zaidin. (8 markah)

(b) Encik Zaidin beranggapan bahawa gudang yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan telah mencukupi untuk menjadi gudang yang baik. Adakah anda bersetuju dengan anggapan beliau ? Kemukakan alasan anda (10 markah)

(c) Pada pendapat anda, adakah usaha Encik Zaidin untuk mendapatkan perlindungan daripada syarikat insurans bagi kedua-dua risiko tersebut berjaya ?
Jelaskan pendapat anda. (7 markah)

No comments: