Wednesday, November 30, 2011

BAB 3: PENGANGKUTAN

PERANAN PENGANGKUTAN


1. Memudahkan pemindahan barang-barang
Pengangkutan membantu memindahkan barang-barang siap kepada pengguna untuk memenuhi kehendak-kehendak manusia
2. Meluaskan pasaran
Kerana barang-barang dapat diangkut ke merata tempat untuk dijual, sama ada di dalam atu ke luar negeri

3. Mempelbagaikan pilihan pengguna
Membantu membawa barang-barang daripada pelbagai pengeluar dari pelbagai tempat. Membolehkan pengguna mempunyai pelbagai pilihan barang
4. Menggalak pengeluaran secara besar-besaran
Barang-barang dapat dipasarkan di merata tempat, membolehkan jualan barang bertambah. Dengan itu pengeluaran akan menjalankan pengkhususan dan seterusnya pengeluar secara besar-besaran dapat dijalankan.
5. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
Sistem pengangkutan yang baik dapat menggalakkan pertumbuhan kilang, perlombongan dan perkilangan kerana pengangkutan dapat menghantar segala bahan keperluan ke tempat-tempat tersebut.
6. Memudahkan mobiliti buruh
Buruh dari satu tempat boleh dibawa ketempat lain. Keadaan ini dapat mengurangkan pengangguran
7. Mengelakkan pembaziran
Kerana barang yang cepat rosak atau busuk seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dapat dipasarkan dengan segera.
8. Menjimatkan kos penyimpanan stok
Peniaga tidak perlu menyimpan stok yang banyak dalam gudang kerana kekurangan bekalan dapat diatasi dalam masa yang singkat. Ini menyebabkan belanja gudang seperti sewa, insurans dan upah dapat dijimatkan.
9. Membantu penyebaran sains dan teknologi
Dengan adanya sistem pengangkutan yang baik erkembangan sains dan teknologi dapat dipindahkan atau dibawa ke tempat lain dan seterusnya dapat membantu membangunkan sesebuah negara
10. Menstabilkan harga
Barang-barang yang berlebihan akan dipindahkan ke tempat lain yang mengalami kekurangan. Dengan itu permintaan dan penawaran dapat diselaraskan.
11. Menggalakkan perniagaan antarabangsa
Kegiatan import dan eksport dapat dijalankan dengan mudah, cekap dan teratur.

ALIRAN BARU DALAM PENGANGKUTAN

1. Pengkontenaan

  • Iaitu mengangkut barang-barang di dalam kotena yang terpiawai

  • Kontena adalah peti besi yang dibuat daripada logam dan mempunyai pintu yang berkunci atau boleh dipaterikan.

  • Ia mempunyai saiz yang standard, memudahkan barang-barang diangkut dengan lori, kereta api, kapal dan kapal terbang.

2. Kurier

  • Perkhidmatan menghantar mel, dokumen dan bungkusan dengan segera oleh syarikat kurier.

  • Syarikat kurier dapat menyediakan perkhidmatan terpantas di dalam negeri dan ke luar negeri dengan menyediakan perkhidmatan dari pintu ke pintu.

  • Contoh syarikat kurier seperti EMS Pos Laju, City Link Ekspress dan DHL Wordwide Express.

JENIS PENGANGKUTAN
1. pengangkutan dapat dibahagikan kepada empat kumpulan utama, iaitu darat, air, udara dan saluran paip.

PENGANGKUTAN DARAT
Terdiri daripada pengangkutan jalan raya dan pengangkutan rel atau kereta api

PENGANGKUTAN JALAN RAYA
1. Merupakan pengangkutan yang paling banyak atau popular digunakan kerana semua tempat di Malaysia dihubungi oleh jalan raya.
2. Pengangkutan jalan raya dibahagikan kepada
i. pengangkutan binatang- lembu, kerbau, kuda dan keldai
ii. kenderaan tidak berenjin - basikal dan beca
iii. kenderaan berenjin - motosikal, bas, lori dan van
3. Dengan adanya lebuh raya yang moden membolehkan pengguna dan barang-barang sampai lebih cepat ke tempat yang dituju. Antara projek lebuh raya yang utama ialah Projek Lebuh Raya Utara Selatan Berhad (PLUS)

PENGANGKUTAN UDARA
1. Di Malaysia dikendalikan oleh sistem Penerbangan Malaysia (MAS)
2. Ia merupakan sejenis pengangkutan yang paling pantas dan mahal
3. Pengangkutan udara terdiri daripada helikopter dan kapal terbang
4. Helikopter digunakan untuk membawa penumpang dan kargto ke tempat yang terpencil. Kapal terbang juga membawa penumpang dan jumlah kargo yang sedikit.

PENGANGKUTAN REL
1. Dimiliki dan dikendalikan oleh Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) dibawah pengawasan Kementerian Pengangkutan
2. Pengangkutan rel terdiri daripada kereta api dan perkhidmatan relbas.
i. Perkhidmatan kereta api. Terdiri daripada kereta api penumpang dn kereta api kargo. Perkhidmatan yang di sediakan oleh kereta api penumpang ialah ekspres dan mel biasa
ii. Kereta api ekspres adalah perkhidmatan untuk membawa penumpang dan perjalanannya lebih cepat
iii. Kereta api mel adalah perkhidmatan membawa penumpang, surat dan bungkusan dan perjalanannya lebih lambat kerana ia berhenti di semua bandar
iv. Kereta api kargo. Mempunyai gerabak-gerabak khas untuk membawa pelbagai barang
v. Relbas adalah perkhidmatan penumpang bagi jarang dekat seperti Kuala Lumpur - Ipoh.

PENGANGKUTAN AIR
1. Pengangkutan air memainkan peranan yang penting dalam perniagaan antarabangsa, kerana sebahagian besar kegiatan perniagaan dijalankan melalui pengangkutan air
2. Ia sesuai digunakan untuk mengangkut barang-barang berat, pukal, tahan lama dan bernilai tendah
3. Pengangkutan air boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu sungai, laut dan terusan
i. Sungai. Jenis pengangkutan yang penting bagi penduduk kawasan pedalaman yang terpencil. Jenis-jenis pengangkutan sungai ialah bot, motobot, perahu dan sampan
ii. Laut. Pengangkutan laut adalah penting di Malaysia untuk menjalankan kegiatan eksport dan import dengan negara lain pengangkutan laua dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:-
a. Perkapalan antarabangsa, iaitu kapal-kapal yang merentasi lautan, seperti kapal penumpang kapal kerentan dan kapal kargo
b. Perkapalan dalam negeri iaitu kapal-kapal kecil yang belayar di sepanjang pantai seperti kapal pesisir pantai dan feri
iii. Terusan. Adalah hasil binaan manusia untuk memudahkan pengangkutan barang-barang dan penumpang seperti kapal kargo

SALURAN PAIP.
1. Cara untuk mengangkut barangan cecair dan gas melalui batang-batang paip dari satu tempat ke tempat lain
2. Contohnya air dan gas disalurkan melalui pai ke rumah dan petroleum disalurkan melalui paip dari telaga minyak ke pelabuhan.

KEBAIKAN PENGANGKUTAN JALAN RAYA
1. Murah dan pantas bagi perjalanan jarak dekat
Pengangkutan jalan raya adalah lebih sesuai untuk penghantaran barang-barang bagi jarak dekat, kerana ia lebih murah dan pantas
2. Perkhidmatan serahan dari pintu ke pintu
Barang-barang dapat dibawa dan disrahakan terus daripada pengeluar atau dari kedai ke pintu rumah pembeli. Ini dapat menjimatkan masa dan perbelanjaan pemunggahan
3. Jadual perjalanan fleksibel
Jadual dan arah perjalanan adalah fleksibel. Arah perjalanannya boleh diubah pada bila bila masa mengikut keperluan.
4. Menghubungi kawasan pendalaman
Setengah-setengah kawasan pedalaman dan tempat terpencil hanya dapat dihubungi dengan jalan raya sahaja.
5. Sesuai untuk barang mudah rosak, mahal dan diperlukan dengan segera
Pengangkutan jalan raya memudahkan penghantaran barang-barang tersebut dengan segera kerana penyerahan barang-barang dapat dilakukan dari pintu ke pintu
6. Kerja pemunggahan adalah minimum
Barang-barang tidak perlu dipnggah banyak kali. Ini dapat mengelakkan kerosakan dan kehilangan yang mungkin berlaku.
7. Mudah didapati:
Pengangkutan seperti kereta sewa, van dan lori mudah didapati pada bila-bila masa untuk mengangkut barang-barang.
8. Pelbagai jenis pengangkutan
Pelbagai jenis pengangkutan boleh dipilih oleh pengguna mengikut jenis muatan yang hendak diangkut seperti van,lori, trak dan treler.

KELEMAHAN PENGANGKUTAN JALAN RAYA
1. Perjalanannya sering tertanggu
Ini mungkin disebabkan oleh kesesakan jalan raya dan cuaca buruk, yang boleh melambatkan perjalanan serta menambahakan risiko kemalangan.
2. Mahal dan lambat bagi perjalanan jarak jauh
Biasanya kenderaan yang berat bergerak dengan lambat bagi perjalanan jauh. Hal ini dipengaruhi oleh kerosakan kenderaan, kesesakan lalu lintas had laju yang dikenakan oleh kerajaan dan keperluan untuk pemandu berehat. Tambangnya lebih mahal kerana kadar tambang tidak berkurangan walaupun jaraknya btetambah.
3. Jumlah muatan terhad
Kenderaan bermotor mempunyai ruang muatan yang terhad dan tidak sesuai untuk mengangkut barang-barang berat dan banyak.
4. Pembaziran tenaga buruh
Pembaziran tenaga buruh berlaku kerana sebuah lori memerlukan sekurang-kurangnya dua orang pekerja iaitu pemandu dan kelindan bagi mengendalikan kerja-kerja pemunggahan barang-barang
5. Kos penyelenggaraan tinggi
Ia akan melibatkan kos penyelenggaraan yang tinggi ini sisebabkan oleh kenderaan yang digunakan akan mengalami susut nilai.

PERBANDINGAN PENGANGKUTAN REL DAN PENGANGKUTAN JALAN RAYA

PENGANGKUTAN REL
1. pengangkutan rel adalah lebih sesuai untuk jarak jauh kerana tambangnya lebih murah
2. Kos modal yang tinggi untuk membeli kereta api, gerabak, pembinaan landsan dan stesen serta penyelenggaraaan kereta api juga tinggi.
3. ruang muatannya luas serta terdapat banyak gerabak membolehkan barang-barang diangkut dengan banyak pada satu-satu masa.
4. Pengangkutan rel sesuai untuk mengangkut barang-barang berat, pukal dan tahan lama kerana ia mempunyai ruang muatan yang luas serta kadar tambang yang murah
5. Pengangkutan rel melibatkan kerja punggah-memunggah yang banyak keadaan ini memakan masa dan menambah risiko kerosakan, kecurian dan kehilangan.
6. Melalui pengangkutan ini, barang-barang tidak dapat diserahkan dari pintu ke pintu kerana perjalanannya adalah dari stesen ke stesen. Dengan itu kenderaan lain seperti lori diperlukan untuk mengangkut barang-barang ke stesen kereta api.
7. Pengangkutan rel mempunyai arah perjalanan yang tetap kerana kereta api berhenti di stesen-stesen tertentu sahaja
8. Perjalanannya terikat dengan jadual perjalanan yang tetap dan tidak dapat mengangkut barang-barang di laur jadualnya.

PENGANGKUTAN JALAN RAYA
1. pengangkutan jalan raya adalah lebih sesuai untuk jarak dekat kerana tambangnya lebih murah
2. kos modal dan belanja penyelenggaraan adalah lebih murah atau rendah. Kos membeli lori atau van adalah lebih murah dan kos pembinaan serta penyelenggaraan jalan raya ditanggung oleh kerajaan
3. ruang muatan bagi pengangkutan jalan raya adalah lebih sempit dan terhad. Oleh itu sebuah kenderaan tidak boleh mengangkut barang dengan bayak
4. pengangkutan jalan raya adalah sesuai untuk mengangkut barang-barang mudah rosak dan tidak tahan lama kerana penyerahan barang-barang dilakukan dari pintu ke pintu
5. pangangkutan jalan raya melibatkan kerja penggah-memunggah sekalai sahaja kerana tidak memerlukan pertukaran kenderaan. Ini dapat mentelakkan kerosakan, kecurian dan kehilangan barang-barang
6. Melalui pengangkutan jalan raya barang-barang boleh diserahkan dari pintu ke pintu. Ini memudahkan kerja pemunggahan, menjimatkan masa dan menggurangkan perbelanjaan
7. Pengangkutan jalan raya mempunyai arah perjalanan yang fleksibel. Barang -barang boleh diangkut pada bila-bila masa serta boleh diubah mengikut keadaan
8. Perjalanannya boleh dilakukan pada bila-bila masa iaitu tidak terikat dengan jadual perjalanan yang tetap.

KEBAIKAN PENGANGKUTAN AIR
1. Tambang murah
Tambang untuk pengangkutan air amat murah, sama ada bagi perjalanan jauh atau dekat kerana kapal tidak memerlukan banyak kuasa untuk bergerak
2. Ruang muatan luas
Sebuah kaal mempunyai ruang muatan yang luas dan besar membolehkan barang-barang dapat dimuatkan dengan banyak
3. Tiada kesesakan lalu lintas
Kapal-kapal dapat belayar dengan bebas tanpa halangan, sekatan dan kesesakan lalu lintas seperti di jalan raya
4. Lebih selamat
Pangangkutan air adalah lebih selamat berbanding dengan pengangkutan jalan raya kerana kadar pelanggaran dan karam adalah rendah.
5. Sesuai untuk barang-barang berat, pukal dan tahan lama
Seperti biji timah, besi dan kayu balak kerana ruang muatan kapal adalah luas
6. Mendorong perkembangan perniagaan antarabangsa
Ia membantu ke arah perkembangan perniagaan antarabangsa kerana kebanyakan negara dapat dihubungi melalui jalan laut
7. Tiada kos penyelenggaraan
Laut, sungai dan tasik merupakan kurniaan alam yang tidak memerlukan kos penyelenggaraan oleh itu kadar tambangnya lebih murah.

KELEMAHAN PENGANGKUTAN AIR
1. Lambat:
Perjalanan melalui pengangkutan air adalah sangat lambat oleh itu ia tidak sesuai untuk mengangkut barang-barang yang diperlukan dengan segera
2. Tiada serahan dari pintu ke pintu:
Barang-barang tidak dapat diserahkan dari pintu ke pintu kerana kapal belayar dari pelabuhan ke pelabuhan
3. Kerja pemunggahan yang kerap:
Barang-barang perlu dipunggah banyak kali, iaitu dari lori atau kereta api ke dalam kapal dan sebaliknya. Ini menyebabkan berlakunya pembaziran masa menambahkan risiko kerosakan kecurian dan kehilangan.
4. Memerlukan dokumentasi yang kompleks:
Melibatkan banyak dokumen yang perlu disediakan dan diisi seperti bil muatan nota perkapalan resit nakhoda dan sebagainya. Dokumentasi ini adalah rumit dan membuang masa
5. Menambahkan pelbagai kos:
Penghantaran barang-barang melibatkan belanja yang lebih tinggi kerana terpaksa membayar premium cukai pelabuhan belanja pergudangan dan kos pembungkusan yang lebih tinggi.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENENTUKAN PEMILIHAN KAPAL KARGO ATAU KAPAL KERENTAN/TRAMP

1. Jenis muatan
Kapal kargo adalah sesuai untuk mengangkut barang-barang yang muatannya sedikit, sementara barang-barang berat dan pukal adalah sesuai diangkut dengan kapal kerentan

2. Kos pengangkutan
Barang-barang yang banyak adalah sesuai menggunakan kapal keretan kerana kadar tambangnya boleh dirundingkan melalui proses tawar-menawar antara pemilik dengan penyewa

3. Kiriman segera
Kapall keretan adalah lebih baik dan sesuai untuk mengangkut barang-barang yang diperlukan dengan segera kerana pelayarannya tidak terikat dengan jadual

PERBEZAAN ANTARA KAPAL KARGO DENGAN KAPAL KERENTAN

KAPAL KARGO
1. Kapal kargo membawa pelbagai jenis kargo bukan pukal dan membawa sedikit penumpang
2. Dokumen utama yang digunakan oleh kapal kargo ialah Bil Muatan, sebagai bukti menunjukkan barang-barang diangkut ke dalam kapal
3. Kadar tambang adalah ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan pelanggan perlu mengikut kadar yang telah ditetapkan kerana tambannya tidak dapat dirundingkan
4. Kapal kargo akan belayar mengikut jadual dan arah yang tetap serta singgah di pelabuhan-pelabuhan tertentu sahaja. Walaupun kargonya tidak penuh, kapal ini akan tetap belayar
5. Kapal kargo tidak dapat dicarter tetapi ruang kapal boleh ditempah oleh ramai pelanggan
6. Kapal kargo mendapat kargo melalui ejen atau pejabatnya di seluruh dunia.

KAPAL KERENTAN
1. Kapal kerentan membawa barang-barang pukal tertentu seperti balak getah dan gandum tidak membawa penumpang
2. Dokumen penting yang digunakan ialah Bil Muatan dan Janji Carter
3. Kadar tambangnya adalah tidak tetap dan dapat dirundingkan melalui tawar-menawar antara pemilik kapal dengan penyewa. Oleh itu kadar tambang yang dikenakan adalah lebih rendah.
4. Kapal kerentan belayar tidak mengikut jadual dan arah yang tetap iaitu boleh belayar pada bila-bila masa mengikut arahan penyewa
5. Kapal kerentan dapat dicarter sebahagian atau seluruhnya untuk sesuatu pelayaran atau sesuatu tempoh tertentu
6. Kapal kerentan mendapatkan kargonya melalui broker di Pasaran Baltik.

FUNGSI LEMBAGA PELABUHAN
1. Mengenakan dan memungut bayaran pelabuhan
Bayaran penggunaan pelabuhan dikenakan kepada kapal dan kargo. Hasil bayaran ini digunakan untuk kerja-kerja mengendalikan pelabuhan
2. Mengawal lalu lintas di pelabuhan
Mempastikan jalan masuk dan keluar dari pelabuhan sentiasa selamat dan tidak sesak
3. Menyediakan dermaga
Ini memudahkan kapal berlabuh rapat ke tepi laut atau di perairan laut, bagi menyenangkan kerja pemunggahan barang-barang dilakukan
4. Menyediakan kemudahan punggah-memunggah barang
Pihak pelabuhan menyediakan kemudahan mendapatkan tenaga buruh, kren, troli, mesin derik dan trak untuk memudahkan kerja-kerja memunggah barang
5. Menyediakan malim (pemandu)
Pihak pelabuhan menyediakan perkhidmatan malim yang berpengalaman untuk membantu memandu kapal-kapal masuk dan keluar dari pelabuhan
6. Menyediakan kemudahan gudang
Lembaga pelabuhan menyediakan kemudahan pergudangan untuk menyimpan barang import dan eksport iaitu gudang awam dan gudang berbon
7. Menyediakan bantuan pelayaran
Bertanggungjawab membantu pelayar dengan tanda-tanda pelayaran seperti rumah api dan boya iaitu untuk memberi amaran
8. Menyediakan kemudahan tongkang
Membantu kapal-kapal yang berlabuh di tengah laut memuat dan memunggah barang-barang dan penumpang ke darat dan sebaliknya
9. Menyediakan limbungan
Menyediakan kemudahan Limbungan Kering untuk kerja membaiki kapal
10. Menyediakan perkhidmatan keselamatan
Pihak lembaga menyediakan perkhidmatan seperti bomba untuk mengawasi keselamatan di limbungan, dermaga, gudang, pejabat kastamdan imigresen.

SEBAB PENGANGKUTAN LAUT LEBIH PENTING KEPADA PERNIAGA ANTARA BANGSA DARIPADA PENGANGKUTAN UDARA
1. Tambangnya murah
Kerana kos pengendalian yang minimum berbanding pengangkutan udara
2. Ruang mutan yang lebih luas
Membolehkan barang-barang dapat diangkut dengan banyak dalam sesuatu perjalanan
3. Pelbagai jenis kapal
Terdapat pelbagai jenis kapal kargo yang boleh dipilih bergantung kepada jenis,kuantiti dan saiz barang yang hendak diangkut. Seperti kapal kargo, kapal tangki dan kapal kerentan
4. Perjalanan lebih selamat
Didapati kadar kemalangan kapal terbang adalah lebih tinggi berbanding dengan kemalangan kapal laut
5. Penggunaan kontena
Penggunaan kontena dapat mempercepatkan dan mempermudahkan pengendalian barang dan meminimumkan risiko kerosakan dan kecurian.

KEBAIKAN PENGANGKUTAN UDARA
1. Cepat untuk perjalanan jauh
Pengangkutan udara adalah jenis pengangkutan yang paling cepat untuk mengangkut barang-barang dan penumpang bagi perjalanan yang jauh
2. Lebih selamat
Lebih selamat untuk mengangkut barang-barang yang bernilai tinggi kerana terdapat kawalan keselamatan yang ketat di laangan terbang. Ini boleh mengelakkan kehilangan dan kecurian barang.
3. Mengurangkan kos pergudangan
Peniaga tidak perlu menyimpan stok yang banyak dalam gudang kerana kekurangan bekalan stok dapat diatasi dengan segera. Ini membolehkan penjimatan kos pergudangan
4. Kadar insuran yang rendah
Kadar insurans ke atas barang-barang lebih rendah kerana risiko kerosakan dan kehilangan barang adalah kurang disebabkan tempoh perjalanan yang singkat
5. Lebih selesa
Perjalanan dengan pengangkutan udara adalah lebih sesesa kerana penumpang dapat sampai ke destinasi dengan cepat dan penumpang diberi layanan mesra serta dihidangkan minuman dan makanan
6. Dapat menghubungi kawasan pedalaman
Pengangkutan udara khususnya helikopter adalah sesuai digunakan untuk menghubungi kawasan pedalaman dan terpencil dengan mudah.
7. Sesuai membawa barang-barang tertentu
Pengangkutan udara adalah sesuai untuk mengangkut barang-barang yang tidak tahan lama,segar, mahal dan yang perlu dikirim dengan segera ke destinasinya.

KELEMAHAN PENGANKUTAN UDARA
1. Tambang mahal
Tambang pengangkutan udara adalah mahal dibandingkan dengan pengangkutan lain kerana kos modal dan kos penyelenggaraan dalah tinggi
2. Ruang muatan terbatas
Mempunyai ruang muatan yang terbatas dan tidak sesuai untuk barang pukal
3. Gangguan cuaca
Jadual penerbangannya bergantung kepada cuaca keadaan cuaca yang buruk seperti salji, kabus tebal dan hujan lebat melambatkan perjalanan
4. Kegunaan terhad
Pengangkutan kapal terbang tidak boeh digunakan untuk tempat-tempat yang tidak mempunyai lapangan terbang
5. Tiada serahan dari pintu ke pintu
6. Kerja pemunggahan yang kerap
Barang-barang yang diangkut terpaksa dipunggah banyak kali kerana tiada serahan dari pintu ke pintu. Ini akan meninggikan risiko kerosakan, kehilangan dan kecurian
7. kos penyelenggaraan adalah tinggi
kos penyelenggaran kapal terbang dan lapangan terbang adalah tinggi kerana memerlukan bilangan pekerja yang ramai.

KEBAIKAN PENGKONTENAAN
1. Menjimatkan masa dan tenaga buruh
Barang-barang dapat dimuatkan dalam kontena dan dapat diangkut sekali gus. Kontena dapat disusun dengan teratur di atas kapal dan hali ini dapat menjimatkan masa alat-alat pemunggahan seperti kten dan forklif mempercepatkan pemunggahan kontena serta menjimatkan tenaga buruh
2. Menjamin keselamatan barang
Kargo dalam kontena dalah selamat kerana tidak mudah rosak atu dicuri kerana kontena diperbuat daripada logam yang berkunci
3. Mengurangkan kos buruh
Kerja-kerja pemunggahan dilakukan oleh alat mekanikal yang tidak memerlukan tenaga buruh yang ramai
4. Memudahkan dokumentasi kastam
Kontenarisasi membolehkan penggunaan sistem TIR yang memudahkan proses peraturan dan dokumentasi pihak kastam.
5. Mengurangkan bayaran cukai pelabuhan
Bayaran cukai dapat dikurangkan kerana kerja-kerja pemunggahan dapat dilakukan dengan cepat dan kapal tidak perlu berlabuh lama
6. Kos insurans rendah
Kos insurans lebih rendah kerana risiko kerosakan dan kecurian adalah minimum.

KELEMAHAN PENGKONTENAAN
1. Kegunaan terhad
Kontenarisasi tidak sesuai digunakan untuk mengangkut pelbagai jenis barang. Contohnya bahan cecair, kayu balak dan besi keluli.
2. Kelengkapan alat-alat pengangkutan khas
Di lapangan terbang, stesen kereta api dan pelabuhan perlu dilengkapi alat-alat pengangkutan khas seperti kren, pengangkat takal dan lain-lain yang melibatkan kos yang besar
3. Kos modal tinggi
Kos yang tinggi untuk membina peti kontena kapal kontena dan dermaga kontena serta perbelanjaan penyelenggaraannya.
4. Menyebabkan pengangguran
Pengkontenarisasi akan menyebabkan penggunaan tenaga buruh dikurangkan dan digantikan dengan alat pengangkut khas
5. Perlu sistem pengangkutan bersepadu
6. Sesuai untuk konsainan besar sahaja
Kontenarisasi adalah sesuai untuk mengangkut jumlah barang dalam konsainan besar sahaja kerana konsainan kecil tidak sesuai dimuatkan dalam kontena kerana lebih mahal.



FAKTOR PEMILIHAN JENIS PENGANGKUTAN
1. Kos pengangkutan
Kos pengangkutan merupakan faktor utama yang perlu dipertimbangkan. Kos yang tinggi akan mengurangkan keuntungan oleh itu sesetengah barangan walaupun diperlukan dengan segera tidak sesuai menggunakan pengangkutan udara kerana kosnya mahal.
2. Risiko kerosakan
Barang yang mudah rosak adalah lebih sesuai menggunakan lori kerana tidak memerlukan kerja pemunggahan yang kerap
3. Nilai barang yang diangkut
Barang yang bernilai seperti emas dan berlian sesuai dibawa dengan kapal terbang kerana kawalan keselamatannya adalah ketat
4. Kemudahan
Perlu pilih jenis pengangkutan yang memudahkan kerja kerja pemunggahan dan penyerahan kerana ia menjimatkan wang dan masa
5. Saiz berat dan kuantiti barang
Barang pukal dan berat seperti kayu balak sesuai untuk kapal laut/sungai
6. Jarak perjalanan
Bagi perjalanan dekat sesuai menggunakan pengangkutan jalan raya kerana tambang atau kosnya murah. Sebaliknya bagi perjalanan yang jauh sesuai diangkut dengan kereta api kerana kadar tambangnya murah
7. Jenis dan sifat barang
Barang yang berat dan besar seperti kayu balak sesuai diangkut dengan kereta api bagi barang yang diperlukan dengan segera seperti ubat-ubatan diangkut dengan pengangkutan udara.

No comments: