Tuesday, November 29, 2011

TINGKATAN 4

BAB 1: ASAS PERDAGANGAN

KEPERLUAN
-Sesuatu yang perlu dipenuhi untuk manusia terus hidup

KEHENDAK
-Sesuatu keinginan untuk manusia hidup lebih selesa

PERBEZAAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK

1.Keperluan mesti dipenuhi untuk terus hidup tetapi kehendak hanyalah untuk hidup dengan lebih selesa
2. contoh keperluan ialah Makanan,Pakaian manakala contoh kehendak ialah Rumah Kereta mewah,TV
3. Keperluan adalah sama untuk semua orang tetapi kehendak manusia berbeza ikut taraf hidup

4. Keperluan adalah tuntutan semulajadi tetapi kehendak merupakan sesuatu yg dipelajari dari pengalaman

5. Keperulan manusia sedikit dan mudah dipuaskan manakala kehendak manusia banyak dan sukar dipuaskan

6. Keperluan boleh disusun mengikut peringkat -Maslow tetapi kehendak tiada keutamaan



Keperluan Manusia mengikut Hierarki Keperluan Maslow

Tahap paling Asas
Keperluan Fisiologi
Pada tahap ini manusia ada 2 keperluan
Keperluan Asas – udara, makan,minum,tidur, rehat,kesihatan
Keperluan Keselamatan – perlindungan –pakaian, tempat tinggal

Tahap Kedua
Keperluan Sosial
Ada 2 keperluan pada tahap ini.
Keperluan Kasih Sayang – persahabatan, keluarga
Keperluan Penghargaan – pujian dan sanjungan

Tahap Ketiga
Keperluan Rohani
Tahap paling tinggi – agama, capai cita-cita
Juga dipanggil sempurna kendiri


PENGELUARAN
Pengeluaran – aktiviti menghasilkn barangan untuk memenuhi keperluan dan kehendak
- proses mencipta nilai faedah

NILAI FAEDAH
1. Nilai Faedah Bentuk
- Megubah bentuk kepada sesuatu yang lebih berguna
2. Nilai Faedah Masa
- Menyimpan barang hingga diperlukan
3. Nilai Faedah Milikan
- Tukar milik kepada yang lebih memerlukan
4. Nilai Faedah Tempat
- Pindah barang ke tempat yang mempunyai permintaan

JENIS PENGELUARAN
Pengeluaran Langsung – sara diri
Pengeluaran tak langsung - perlu bantuan pihak lain

CABANG PENGELUARAN
Perusahaan – Ekstraktif, Perkilangan, Pembinaan
Perdagangan
Khidmat Langsung

FAKTOR PENGELUARAN
Tanah – bahan mentah/galian/hasil hutan
Buruh – usaha manusia secara fizikal/mental
Usahawan – menggabungjalin faktor pengeluaran
Modal – Harta benda,sumber kewangan


MAKSUD PENGKHUSUSAN

Melakukan kerja ikut kemahiran/kebolehan
Bagi memenuhi keperluan dan kehendak

JENIS PENGKHUSUSAN

Pengkhususan mengikut profesion
Kerja berdasarkan pengetahuan – cth: Guru,doktor,polis dll

Pengkhususan mengikut proses
Pembahagian kerja dikilang
Pengeluaran dibahagi kepada beberapa proses
Cth: pasang pintu, pasang kusyen, sembur cat dll

Pengkhususan mengikut kawasan
Perbezaan jenis pengeluaran mengikut kawasan dalam negara
Cth: Pontian – Nanas, Kedah – padi , P.Pinang – Kilang

Pengkhususan antarabangsa
Perbezaan pengeluaran antara negara
Cth: Brunei- minyak, Jepun – barang elektronik

KELEBIHAN PENGKHUSUSAN

Meningkatkan pengeluaran
Menggalakkan pengeluaran besar-besaran/menikmati ekonomi bidangan
Meningkatkan kualiti
Mengurangkan kos buruh dan kos seunit barang
Jimat masa dan tenaga kerana guna mesin
Meningkatkan kemahiran
Boleh menumpu pada bidang yan ada kebolehan
Meningkatkan peluang pekerjaan

KEKURANGAN PENGKHUSUSAN
Pekerja mudah bosan
Hanya mahir dalam satu proses pengeluaran
Tidak kreatif
Susah berpindah ke pekerjaan lain
Kos beli mesin mahal
Saling bergantungan satu proses dengan yang lain
Boleh tergendala jika satu proses terhenti
Kos latih pekerja mahal
Penggangguran naik kerana banyak guna mesin


USAHAWAN
Usahawan – individu yang menggabungkan 4 faktor pengeluaran bagi megeluarkan barangan.

CIRI USAHAWAN:

1. Kreatif – berupaya mencipta
2. Inovatif – boleh mengubah suai
3. Berani menghadapi risiko
4. Berkebolehan mengurus
5. Rajin
6. Yakin
7. Berjimat
8. Tabah
9. Berusaha
10. Bertanggung jawab
11. Berpandangan jauh
12. Bijak merebut peluang
13. Membuat keputusan yang bijak

PERANAN USAHAWAN

1. Memenuhi keperluan dan kehendak mesyarakat dengan mencipta barang baru
2. Mewujudkan peluang pekerjaan
3. Meningkatkan taraf hidup
4. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
5. Menggerakkan pertumbuhan ekonomi
6. Menggalakkan pertukaran wang asing

BEZA PENIAGA DAN USAHAWAN

1. PENIAGA Menjalankan aktiviti jual beli sahaja tetapi USAHAWAN Melipiti penciptaan dan pengubahsuaian barang
2. Matlamat PENIAGA untuk untung sahaja tetapi sebahagian keuntungan USAHAWAN disalur kepada masyarakat
3. PENIAGAMemenuhi keperluan pelanggan setempat manakala USAHAWAN memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat global

SISTEM BARTER

Aktiviti barang tukar dengan barang
Tidak gunakan wang atau orang tengah

SYARAT SISTEM BARTER

Kemahuan serentak
Ada lebihan barang


MASALAH SISTEM BARTER

Sukar mendapatkan kemahuan serentak
Sukar tetapkan nilai barang
Sukar tetapkan kadar pertukaran
Sukar membahagi barang – contohnya barang hidup
Barang tidak tahan lama
Sukar mengangkut barang- jika saiz besar/banyak




Soalan Latihan Bab 1: Asas Perdagangan

1. Pernyataan yang manakah menerangkan tentang keperluan manusia ?
A. Boleh disusun mengikut keutamaan
B. Tidak terbatas dan terlalu kompleks
C. Diperlukan untuk meningkatkan status hidup
D. Diperolehi untuk kehidupannya lebih sempurna

2. Pernyataan berikut berkaitan faktor pengeluaran.
Mengguna dan menggabungkan faktor-faktor pengeluaran dalam proses pengeluaran.
Apakah faktor pengeluaran tersebut ?
A. Tanah
B. Buruh
C. Modal
D. Usahawam

3. Apakah maksud pengkhususan ?
A. Pengagihan barang daripada pengeluar kepada pengguna
B. Penumpuan kepada sesuatu bidang berdasarkan kemahiran
C. Penghasilan barang dengan menggunakan mesin
D. Penciptaan nilai faedah pada sesuatu keluaran

No comments: