Sunday, April 26, 2009

SMK SRI RAHMAT
JKR 4868, JALAN SKUDAI,
81200 JOHOR BAHRU, JOHOR
______________________________________________________________________________________________________________
UJIAN DIAGNOSTIK
PERDAGANGAN
TINGKATAN 5
MASA: 1 JAM

ARAHAN: KERTAS INI MENGANDUNGI 20 SOALAN OBJEKTIF DAN 1 SOALAN ESEI. JAWAB SEMUA SOALAN
1. Usaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia telah menyebabkan berlakunya
A. permintaan C. pengkhususan
B. pengeluaran D. sistem barter

2. Pilih susunan menaik Hierarki Keperluan Maslow yang betul.
I. Keperluan kasih sayang
II. Keperluan penghargaan
III. Keperluan sempurna kendiri
IV. Keperluan keselamatan
A. IV,II, I, III C. IV, I, II, III
B. I, II, III, IV D. IV,III, I,II

3. Antara berikut, yang manakah bukan keburukan pengkhususan dalam pengeluaran?
A. Hasil keluaran adalah standard dan mempunyai mutu sama
B. Mengakibatkan pembaziran factor pengeluaran buruh
C. Pekerja menjalankan tugas mengikut bakat dan kemahiran sedia ada
D. Perubahan kerja sukar dilakukan akibat kos yang tinggi untuk menggantikan mesin yang sedia ada.

4. Apakah persamaan antara perdagangan dengan perniagaan?
A. melibatkan aktiviti pengeluaran barang
B. bertujuan untuk mendapatkan keuntungan
C. melibatkan aktiviti pengagihan barang
D. melibatkan aktiviti pengkhususan

· Memperkenalkan sesuatu keluaran baru
· Mempengaruhi pengguna dalam memilih sesuatu jenama

5. Apakah bantuan perniagaan yang berfungsi seperti di atas?
A. Bank C. Komunikasi
B. Promosi D. Pengangkutan

6. Aktiviti yang manakah menunjukkan kegiatan bantuan perniagaan?
I Menjaja kuih muih di kawasan perkilangan
II Mengedarkan risalah tentang pembukaan sebuah restoran
III Membekalkan barang kepada peruncit
IV Memandu bas kilang untuk menghantar pekerja ke kilang.
A. I dan II C. II dan IV
B. I dan III D. III dan IV

7. Apakah bantuan perniagaan yang diperlukan oleh seorang pengusaha restoran?
I. Promosi III. Pengangkutan
II. Komunikasi IV Pergudangan
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II, dan IV D. II, III dan IV

8. Pernyataan yang manakah tidak benar tentang perdagangan?
A. Aktiviti mengagihkan barangan kepada pengguna akhir
B. Melibatkan aktiviti menghasilkan barang daripada bahan mentah
C. Terdiri daripada perniagaan dan bantuan perniagaan
D. Dilakukan pada masa, tempat, harga dan kuantiti yang dapat
memenuhi kehendak penjual dan pembeli

Pasaraya , gedung aneka jabatan dan kedai sejaras

9. Apakah persamaan ciri bagi jenis perniagaan runcit di atas?
I. menjalankan perniagaan secara layan diri
II. mendapatkan bekalan daripada pemborong
III. membeli secara pukal terus daripada pengeluar
IV. menjalankan perniagaan secara tunai sahaja

A. I dan II C III dan IV
B. II dan III D I dan IV



Pengeluar --> Pemborong--> Peruncit -->Pengguna

10. Antara berikut, manakah barang yang sesuai dipasarkan melalui saluran agihan di atas?
I. Beras III Kosmetik
II. Perabot IV Alat tulis
A. I dan II C III dan IV
B. II dan III D I dan IV


11. Mengapakah pasaraya dapat menjual barang pada harga yang lebih murah?
A. Pembeli membeli dalam kuantiti besar- besaran
B. Mempunyai modal yang besar dan dapat memberi diskaun
C. Membeli stok secara pukal terus daripada Pengeluar
D. Mendapat perolehan yang tinggi

12. Kedai runcir kecil-kecilan masih popular berbanding
pasaraya kerana
A. Risiko kerugiannya adalah kurang
B. Memberi perkhidmatan selepas jualan
C. Barang niaganya adalah pelbagai jenis
D. Barangnya tersusun dan diperagakan dengan rapi

13. Antara berikut, yang manakah bukan fungsi pemborong kepada pengguna?
A. Menstabilkan harga barang
B. Memberi kemudahan kredit
C. Membekalkan pelbagai jenis barang
D. Menyampaikan maklumat penting tentang sesuatu barang

Peruncit datang ke gudang memilih barang sendiri,
Membayar tunai, dan mengangkut barang balik ke kedainya.

14. Peruncit di atas mendapatkan bekalan stoknya daripada
A. Pembogong am C. pemborong jobber para
B. Pemborong khusus D. pemborong bayar dan bawa

15. Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang pembekal untuk menggalakkan pelanggan membayar hutangnya dengan segera?
A. Menawarkan diskaun niaga
B. Menawarkan diskaun tunai
C. Memberi surat peringatan
D. Mengirim penyata akaun

Mei 5 JJ Trading menjual makanan tin bernilai
RM4800 kepada peruncit Yap, kurang diskaun niaga 20%
Mei 10 Peruncit Yap memulangkan tin makanan
yang rosak bernilai RM750
Mei 14 Peruncit Yap menjelaskan hutangnya
dengan diskaun tunai 10%

16. Apakah dokumen yang dihantar oleh JJ Trading kepada peruncit Yap pada 5 Mei dan Mei 10?
Mei 5
Mei 10
A. Invois Nota Kredit
B. invois Nota Debit
C. Nota serahan Resit
D. Nota serahan Invois


17. Hitungkan amaun yang perlu dibayar oleh peruncit Yap pada Mei 14?
A. RM2706 C. RM3090
B. RM2781 D. RM3840

18. Antara dokumen berikut, yang manakah tidak berkaitan dengan urusniaga kredit?
A. Invois C. Bil tunai
B. Resit D. Penyata akaun

19. Bidang yang manakah amat popular dalam menggunakan kaedah jualan prabayar?
A. Insurans C. Perbankan
B. Promosi D. Telekomunikasi

20. Puan Foo membeli sebuah mesin basuh secara sewa beli daripada Kedai Elektrik Kim. Ini bermaksud
I. Puan Foo diberi potongan harga yang istimewa
II. Puan Foo dibenarkan membuat bayaran secara ansuran
III. Kedai Elektrik Kim boleh menarik balik mesin basuh itu jika Puan Foo gagal menjelaskan ansuran
IV. Hak milik mesin basuh akan berpindah kepada Puan Foo sebaik shaja wang pendahuluan dibayar.
A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I dan IV

SOALAN ESEI.

1. (a) Sesuatu keluaran mempunyai nilai
faedah jika memberi kepuasan kepada
pengguna.

Huraikan dua jenis nilai faedah
tersebut. (6 m)
(b) Terangkan kelebihan mengamalkan
pengkhususan dalam pengeluaran.
(12 m)

(c) Bagaimanakah bank boleh membantu
seseorang peniaga dalam melancarkan
aktiviti perniagaannya? (7 m)

No comments: