BAB 8: KONSUMERISME
1. | Maksud Konsumerisme | - Satu perjuangan bagi melindungi hak dan kepentingan pengguna - Satu usaha bagi menyedarkan pengguna tentang hak mereka supaya taraf hidup meningkat
|
2. | Matlamat Konsumerisme | - melindungi hak pengguna - mewujudkan iklim perniagaan yang harmoni - membina kualiti kehidupan yang lebih baik
|
3. | Maksud pengguna | - orang yang menggunakan barang untuk penuhi keperluan dan kehendak
|
4. | Amalan perniagaan yang tidak sihat | - letak harga tidak berpatutan - buat iklan mengelirukan - tawar barang berkualiti rendah - jual barang yang tidak selamat
|
5. | Hak pengguna | a. Hak mendapat keperluan asas - makanan/pakaian
b. Hak mendapat keselamatan - dilindungi daripada kesan yang boleh membahayakan kesihatan - contoh: racun makhluk perosak / ubat-ubatan
c. Hak mendapat maklumat - fakta lengkap sesuatu barang supaya tidak tertipu
d. Hak membuat pilihan - Dapat pelbagai barang berkualiti berdasarkan citarasa
e. Hak mendapat ganti rugi - berjumpa sendiri dengan peniaga /mengadu kepada persatuan pengguna
f. Hak bersuara - secara peribadi / perwakilan
g. Hak mendapat pendidikan pengguna - melalui ceramah / forum
h. Hak mendapat alam sekitar yang sihat - kerajaan gubal akta seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 / Akta Racun Mahkluk Perosak 1974 |
6. | Lima Tanggungjawab pengguna | a. Kesedaran mengkritik - boleh membuat aduan b. Penglibatan dan tindakan - bergiat aktif dalam persatuan pengguna / khidmat sosial c. Tanggungjawab sosial - Memberi derma kepada orang miskin/tua d. Tanggungjawab alam semulajadi - tidak membuang sampah di merata tempat / tidak menebang pokok sesuka hati e. Bersatu padu - supaya wujud kekuatan / pengaruh untuk jayakan perjuangan
|
7. | Enam Tanggungjawab pengeluar | a. Praktikkan amalan perniagaan yang baik - tidak menipu/ jual barang berkualiti b. Amal pengiklanan yang beretika - iklan mesti tepat / tidak mengaitkan jenama produk lain c. Sedia terima rungutan - kaunter khidmat pelanggan / kaunter aduan d. Membantu menyebarkan pendidikan konsumerisme - melalui seminar/forum e. Memelihara alam sekitar - menggurangkan penggunaan bahan yang mencemarkan f. Menjalankan tanggungjawab sosial - memberi derma/ biasiswa
|
8. | Lima prinsip asas membeli dengan bijak | a. Menentukan jenis barang - barang keperluan atau kehendak b. Menentukan sebab membeli - untuk memenuhi keperluan/menunjuk-nunjuk c. Menentukan masa membeli - masa tawaran istimewa/ musim perayaan d. Memilih tempat membeli - lokasi berhampiran - menawarkan pelbagai barang - harga berpatutan dan barang berkualiti - sikap jujur dan layanan mesra - ada kemudahan seperti ruang makan/tandas e. Mengetahui teknik membeli - buat perbandingan harga - tengok kualiti barang - periksa kuantiti barang - tahu tarikh luput - ada jaminan jualan |
9. | Peranan kerajaan dalam melindungi pengguna | a. Tubuh kementerian yang menjaga hal-ehwal pengguna - iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna b. Beri kesedaran tentang konsumerisme - melalui ceramah /kempen c. Wujudkan akta/peraturan - Peraturan Makanan 1985/Akta Perihal Dagangan 1972 d. Tubuh kementerian / jabatan untuk kuatkuasa undang-undang - Kementerian Kesihatan/Jabatan Alam Sekitar
|
10. | Agensi lain dan peranannya dalam melindungi pengguna |
a. Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK) @ Majlis Pengguna - Nasihat kerajaan tentang hal-ehwal perlindungan pengguna - Elakkan penyelewengan dan ketidakadilan amalan perniagaan - Beri pendidikan konsumerisme melalui risalah /tv - Wujudkan petugas yang dapat bantu selesaikan isu-isu kepenggunaan - Menerbitkan Kod Etika Amalan Perniagaan
b. Tribunal Tuntutan Pengguna - Mudahkan pengguna membuat tuntuan gantirugi dengan cepat ,mudah dan murah - Jadi saluran alternatif selain Mahkamah Sivil untuk menuntut gantirugi - Dengar jumlah tuntutan yang tidak melebihi RM10,000
c. Persatuan Pengguna - Terima dan siasat aduan pengguna - Jalankan penyelidikan dari segi kualiti/keselamatan - Beri laporan melalui penerbitan majalah/berita - Adakan pendidikan kepenggunaan melalui bengkel/forum
d. Persatuan Pengeluar - Pastikan ahli mematuhi kod etika berkaitan dengan pengeluaran/persaingan - Adakan kempen membeli barang buatan tempatan
e. Persatuan Profesional - Pastikan ahli patuhi garis panduan profesion masing-masing
f. Persatuan Peniaga - Ingatkan peniaga agar mematuhi peraturan yang berkaitan dengan perlindungan pengguna / jujur dengan pengguna - Sediakan kod etika mengenai jualan
|
11. | Etika Amalan Perniagaan | - diperkenalkan tahun 1982 - digubal oleh Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK) - bertujuan mewujudkan perpaduan di kalangan peniaga, pengeluar, pengguna dan kerajaan - mempunyai 5 prinsip: § Kenalpasti dan akui hak-hak pengguna § Tidak menyampaikan maklumat yang mengelirukan § Patuhi prinsip perniagaan secara adil § Tidak burukkan pesaing § Amal perniagaan yang jujur - mengandungi Etika Penjual dan Etika Pembeli
|
12. | Etika Pembeli (mengandungi dua tanggungjawab pembeli) | a. Tanggungjawab terhadap penjual - patuhi syarat kontrak - jelaskan hutang mengikut tempoh - tidak boleh paksa penjual sediakan perkhidmatan yang melebihi bayaran - tidak menawarkan harga terlalu rendah sehingga peniaga rugi - tidak kembalikan barang tanpa alasan yang kukuh/ tanpa tunjuk kad jaminan - amalkan sifat sopan santun - beri pandangan untuk tingkatkan kualiti barang
b. Tanggungjawab terhadap masyarakat - libatkan diri dalam persatuan pengguna - jaga persekitaran tempat tinggal/ pelihara alam sekitar - elak aktiviti pembakaran secara terbuka/ yang cemarkan alam sekitar - tidak sebarkan khabar angin seperti kenaikan harga barang/ kekurangan bekalan |
13. |
Etika Penjual (Mengandungi enam tanggungjawab penjual) |
a. Tanggungjawab terhadap pekerja - jaga kebajikan pekerja dengan kemudahan tempat tinggal/pengangkutan - beri bimbingan /latihan untuk meningkatkan produktiviti - memberi ganjaran setimpal seperti gaji/bonus
b. Tanggungjawab terhadap pelanggan - sediakan barang berkualiti - sentiasa berusaha tingkatkan kualiti barang - tepati keperluan dan kehendak pengguna - jual barang pada harga berpatutan - bermaklumat yang lengkap - adakan kempen promosi yang jujur - sediakan khidmat lepas jualan / khidmat nasihat - beri layanan sama rata
c. Tanggungjawab terhadap pemodal - maklumkan kedudukan pelaburan / perniagaan - beri kadar pulangan yang memuaskan - jalankan pengurusan yang cekap
d. Tanggungjawab terhadap pembekal - layanan adil kepada semua pembekal - patuhi segala syarat kontrak - berusaha jual barang dengan segera - amalkan ‘sistem payung’ - pastikan syarat kontrak jelas
e. Tanggungjawab terhadap masyarakat - pelihara alam sekitar - guna sumber yang manfaatkan masyarakat - beri sumbangan kepada pembangunan / penyelidikan melalui biasiswa / subsidi
f. Tanggungjawab terhadap kerajaan - bayar cukai - sedia peluang pekerjaan - guna sumber bahan mentah tempatan dengan cekap - adakan rundingan dengan kerajaan mengenai penggubalan / perlaksanaan dasar
|
1 comment:
Casinos With the Best Bonuses
Casinos With 안전사이트 the 룰렛 확률 Best Bonuses · 1. Ignition Casino · 2. Betsoft Casino · 3. Unibet Casino · 4. Casio Vegas · 5. Wild 인천 휴게텔 Casino · 6. 메이저사이트추천 PlayUp 딥 슬롯 트위터 Casino · 7. Jackpotjoy Casino · 8. Jackpotjoy Casino.
Post a Comment